Translate

Wednesday, 30 March 2016

FRASA NAMA



FRASA NAMA

Frasa nama ialah panggilan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak, baik dalam bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina. Ia mungkin terdiri daripada satu patah perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Ia adalah antara empat kategori frasa yang terdapat dalam bahasa Melayudan mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis.

Frasa nama (FN) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan. Contoh FN yang didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan yang berikut.
contoh:
a. Seorang pelajar.
b. Tiga ekor kucing.
c. Sepuluh buah rumah


FRASA KERJA

Frasa kerja ialah perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perbuatan, sama ada melibatkan pergerakan atau tidak, oleh manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak. Frasa kerja adalah antara empat kategori frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Ia mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis.

Frasa kerja (FK) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata bantu (aspek dan ragam). Contoh FK yang didahului oleh kata bantu ialah . 1.Contoh:
a. akan tidur
b. sedang menonton televisyen
c. hendak makan
d. suka membaca
2. Contoh:
a. Bayi itu menangis.
b. Dia sudah keluar.
c. Mereka sedang bermain.
3. Contoh
a. Ali membaca buku motivasi.
b. Siti menggulai kopi.
c. Mereka memasuki bangunan itu.

No comments:

Post a Comment