Translate

Wednesday, 30 March 2016

KATA NAMA




KATA NAMA

Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Kata nama terbahagi kepada beberapa subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya iaitu seperti kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama.

Kata nama khas
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Biasanya, dalam  tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.





 Kata nama am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum  seperti dalam contoh di bawah:
benda: sekolah, kereta, cakerawala
perkara: roh, udara, iklim
konsep: kesejahteraan, perpisahan, keindahan
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua-dua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.

Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

FRASA NAMA



FRASA NAMA

Frasa nama ialah panggilan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak, baik dalam bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina. Ia mungkin terdiri daripada satu patah perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Ia adalah antara empat kategori frasa yang terdapat dalam bahasa Melayudan mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis.

Frasa nama (FN) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan. Contoh FN yang didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan yang berikut.
contoh:
a. Seorang pelajar.
b. Tiga ekor kucing.
c. Sepuluh buah rumah


FRASA KERJA

Frasa kerja ialah perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perbuatan, sama ada melibatkan pergerakan atau tidak, oleh manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak. Frasa kerja adalah antara empat kategori frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Ia mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis.

Frasa kerja (FK) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata bantu (aspek dan ragam). Contoh FK yang didahului oleh kata bantu ialah . 1.Contoh:
a. akan tidur
b. sedang menonton televisyen
c. hendak makan
d. suka membaca
2. Contoh:
a. Bayi itu menangis.
b. Dia sudah keluar.
c. Mereka sedang bermain.
3. Contoh
a. Ali membaca buku motivasi.
b. Siti menggulai kopi.
c. Mereka memasuki bangunan itu.