Translate

Thursday, 24 March 2016

PENGANGKUTAN AWAM KENDERAAN ELEKTRIK



PENGANGKUTAN AWAM  KENDERAAN TREN ELEKTRIK

                Perkhidmatan pengangkutan awam tren elektrik seperti Sistem Transit Aliran Ringan (LRT),  komuter, monorel dan KLIA Ekspress telah terbukti dapat memudahkan perjalanan kerana bebas daripada kesesakan lalu lintas.  Hal ini disebabkan pengangkutan awam ini mempunyai laluan atau rel yang tersendiri. Di samping dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, perkhidmatan tren elektrik ini dapat mengurangkan pencemaran udara di bandar.  Hal ini juga dapat memudahkan orang awam menjalani kehidupan harian dengan lebih pantas dan mudah kerana mempunyai sistem pengangukutan awam yang sistematik dan efisien.

                                  Selain itu, keistimewaan pengangkutan awam ini juga memudahkan perjalanan kerana mempunyai jadual perjalanan yang telah ditetapkan.  Sekali gus, orang ramai dapat merancang perjalanan mereka dan membuat persediaan awal. Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tren elektrik bukan sahaja dapat menjimatkan masa seseorang untuk sampai ke sesuatu destinasi tetapi juga dapat menjimatkan kos perjalanan.


Monorel

 KL Monorel adalah perkhidmatan monorel dalam bandar yang menghubungkan bahagian utara dan pusat bandar Kuala Lumpur.  Perkhidmatannya merentasi pusat perdagangan dan perniagaan utama, jajaran membeli-belah dan rangkaian hotel di Kuala Lumpur sebelum menamatkan perjalanan di Kuala Lumpur Sentral. 
                                                                       
                                                                                                 LRT
                                                                                                                                      
                                            
LRT menggunakan keretapi moden berkuasa elektrik dan bergerak di atas dua landasan untuk menawarkan pilihan yang selesa dan boleh dipercayai untuk bergerak dalam kawasan bandar Kuala Lumpur.                                                

                                                                                     KOMUTER


Komuter merupakan satu sistem pengangkutan awam yang memulakan perkhidmatannya pada pertengahan Ogos 1995 bertujuan memberi khidmat memuaskan dan mengatasi kesesakan lalu lintas di Lembah Klang. Komuter kini bergerak di atas landasan sepanjang 150 kilometer dari Rawang ke Seremban dan dari Batu Caves ke Pelabuhan Klang dengan membawa hampir 60,000 penumpang setiap hari.
                                                                             
                                                                       ERL

 
Express Rail Link (ERL) merupakan kereta api yang menggabungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Pusat Bandar Kuala Lumpur. Terdapat dua jenis ERL iaitu KLIA Express dan KLIA Transit. Stesen ERL Transit yang berdekatan dengan UPM Serdang adalah Stesen Bandar Tasik Selatan serta Stesen Putrajaya dan Cyberjaya.

                                                                                          ETS
 

ETS adalah singkatan untuk Electric Train Service, merupakan perkhidmatan tren laju antara bandar utara dan selatan  di semenanjung Malaysia. Kelajuan operasi maksimum armada ETS adalah 145 km/jam, walaupun tren ETS direka untuk mencapai kelajuan 160 km/jam. Setiap tren boleh mengangkut maksimum 350 orang penumpang, dan terdiri daripada enam gerabak yang mencapai jumlah panjang 138 m dan berat 231.8 ton. Setiap gerabak 22.95 m panjang, 2.75 m lebar dan 4 m tinggi.

No comments:

Post a Comment