Translate

Wednesday, 24 February 2016

SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG



SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG

Sejak dahulu lagi, sarang burung layang-layang yang juga dikenali sebagai walit amat terkenal dengan nilai khasiatnya yang baik untuk tubuh badan manusia. Sarang burung layang-layang didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Faktor-faktor ini membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi ppunca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.  

Selain membekalkan kecantikan kepada kulit, sarang burung ini juga terbukti sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang memberikan tenaga dan pemulihan dalaman.
Sarang burung itu dihasilkan menerusi rembesan cecair daripada kelenjar tepi kelenjar air liurnya. Cecair yang dihasilkan bukan daripada air liur mungkin dianggap kotor. Menurut penyelidikan saintifik, sarang burung layang-layang ini mengandungi mineral kepekatan yang tinggi, protein aktif serta protein gelatin sekali gus menjadikan produk ini sebagai produk kesihatan semulajadi yang tulen serta sesuai untuk semua peringkat umur. 

Pengambilan sarang burung dalam jangka masa panjang adalah ketahanan yang baik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang sel dalam imunisasi lalu menguatkan sistem imuniti badan dalam melawan penyakit. Sarang burung layang-layang juga mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman khusus membantu dalam melancarkan system aliran darah agar bergerak dengan lebih lancar. 

Di samping itu, sarang burang ini juga dikatakan sesuai bagi wanita hamil kerana sarang ini memberi faedah kepada ibu dan bayi. Hal ini jelas kerana bayi yang dilahirkan akan memilik kulit yang sangat cerah lagi halus serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain. Malah, ibu juga akan pulih lebih cepat selepas melahirkan. 

Secara lazimnya, manfaat sarang burung boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan bergantung kepada citarasa sendiri. Bagaimanapun, sarang burung layang-layang ini memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.


         
                              

Berminat untuk mendapatkan maklumat tentang lebah kelulut?? Anda boleh melayari 

No comments:

Post a Comment