ASAL-USUL KUCING MUNCHKIN
Kucing munckin ialah kucing yang berasal dari Amerika
Syarikat, iaitu kucing dari genetik dan ras yang berkaki pendek. Maka tidak
hairanlah sekiranya kucing merupakan salah satu kucing yang paling terkenal dan
merupakan kucing terkecil di dunia. Menurut sejarah kucing munchkin, kucing
seperti ini telah wujud sejak tahun 1944. Namun pada zaman Perang Dunia ke-2,
kucing jenis ini hilang. Kemudian pada tahun 1983, seorang guru muzik dari
Amerika Syarikat telah menemui dua ekor kucing berkaki pendek yang sedang
bunting. Kedua-dua kucing tersebut dipelihara dan telah melahirkan beberapa
ekor anak. Nama munchkin diambil sempena tokoh kerdil dalam filem The Wizard of
Oz yang ketika itu sangat popular. Di
Rusia kucing ini dikenali sebagai Stalingard Kangaroo.
KEISTIMEWAAN KUCING MUNCHKIN
Munchkin ialah kucing yang berlaku secara semulajadi, dengan
kaki pendek yang luar biasa disebabkan oleh gen dominan autosom. Secara
saintifiknya kucing seperti ini mengalami keadaan tulang belakang yang
melengkung berlebihan tetapi mereka tidak memiliki kecacatan apapun.
Selain fizikalnya yang berkaki pendek dan berbadan bulat. Kucing munchkin digambarkan
sebagai kucing yang comel, suka bermain dan juga pintar. Kaki mereka yang
pendek tidak menjejaskan kebolehan mereka untuk berlari mahupun melompat.
Kucing munchkin jantan lebih besar daripada kucing munchkin
betina dan mampu mencecah berat sebanyak 3 hingga 4 kg. Kaki belakang kucing
munchkin lebih panjang daripada kaki hadapan. Kucing munchkin terdiri daripada
tiga jenis iaitu standard, super-short dan juga rug hugger. Kucing ini juga
memilik pelbagai jenis bulu seperti long hair, semi-long hair dan short hair.
Sempena Minggu Alam Sekitar Sedunia, ayuh! Layari laman web https://ras.doe.gov.my untuk mengetahui Tema Minggu Alam Sekitar mengikut tahun.
Layari laman web berikut untuk mendapatkan lebih maklumat tentang;
Frasa Nama:
Pulau Tioman:
No comments:
Post a Comment