PENDIDIKAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN
Translate
Thursday, 25 August 2016
Sunday, 8 May 2016
Surat Rasmi
Sekolah
Menengah Kebangsaan Mutiara Indah
45000 Kuala Selangor
Selangor Tel:
03-32893211
Tarikh
: 21 Julai 2017
Ibu
bapa/Penjaga Murid
Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Tuan/Puan,
Lawatan Sambil Belajar
Dengan segala hormatnya, perkara di
atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan/puan, PPKI sekolah ini
akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Baling, Kedah pada 8 hingga 10
September 2017.
3. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada murid tentang program pembangunan ekonomi masyarakat desa di
kawasan tersebut.
4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat
berharap agar pihak tuan/puan memberikan kebenaran kepada anak tuan/puan untuk
menyertai lawatan tersebut. Setiap murid perlu membayar RM200.00 (Dua Ratus
Ringgit Sahaja) bagi menampung kos pengangkutan, makan dan minum.
5. Bersama-sama ini dilampirkan surat jawapan
kebenaran lawatan untuk tindakan tuan/puan. Surat jawapan yang sudah lengkap diisi dan
ditandatangani hendaklah dikembalikan kepada guru kelas sebelum 28 Julai 2017.
Kerjasama
tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Saya
yang menurut perintah,
………………………….
(Rohaini
binti Abdul Karim)
Pengetua
Sekolah
Menengah Kebangsaan Mutiara Indah
SURAT AKUAN
KEBENARAN WARIS MENYERTAI AKTIVITI SEKOLAH
Saya ...................................................................No.
Kad Pengenalan ..................................................
beralamat
di ..............................................................................................................................................
No.
Telefon/Telefon Bimbit : .......................................... mengaku
adalah ibu-bapa/penjaga/waris kepada murid
bernama : ……………………………………………………………………………………
Tingkatan :
……………………………………………………………………………………
Saya
dengan ini memberi kebenaran bertulis saya kepada anak / jagaan saya untuk
menyertai:
Nama
Program: Lawatan Sambil Belajar Ke Baling
Tarikh
Program : 8 hingga 10 September 2017
2. Saya
difahamkan bahawa keselamatan dan disiplin sentiasa diberi perhatian sewajarnya
oleh Guru/Pegawai/Urusetia yang telah diamanahkan. Sekiranya kesihatan
anak/jagaan saya terganggu dalam masa latihan / perkhemahan atau perjalanan /
semasa program, maka saya dengan sepenuh hati membenarkan Guru/Pegawai/Urusetia
menguruskan bagi pihak saya untuk mendapatkan rawatan perubatan.
3. Saya dengan ini mengakui bahawa murid
di atas ADA / TIDAK ADA menghidap
penyakit kronik/berjangkit.Nyatakan (jika ada
.......................................................................................................
*potong
yang tidak berkenaan.
4. Saya dengan ini mengakui bahawa murid
di atas ADA perlindungan Insuran
Takaful.
Tandatangan
Ibu Bapa / Penjaga / Waris Disahkan
oleh :
…………………………………………………… ……………………………………………………..
( ) ( )
Thursday, 5 May 2016
Borang SMM
Contoh Borang Sistem Maklumat Murid
Borang sistem maklumat murid boleh diperoleh secara lebih lanjut dalam laman sesawang berikut:
http://www.slideshare.net/rofeah/borang-smm-v4-kosong
Borang sistem maklumat murid boleh diperoleh secara lebih lanjut dalam laman sesawang berikut:
http://www.slideshare.net/rofeah/borang-smm-v4-kosong
TANDA ISYARAT LALU LINTAS
TANDA ISYARAT LALU LINTAS LARANGAN DI MALAYSIA
Untuk maklumat lanjut boleh layari
web berikut
http://effortlab.com/tag/papan-tanda-isyarat-lalu-lintas/
http://keselamatan-jalanraya.blogspot.my/2014/06/kenali-papan-tanda-jalan-raya.html
http://jalanraya0.blogspot.my/2014_06_01_archive.html
http://keselamatan-jalanraya.blogspot.my/2014/06/kenali-papan-tanda-jalan-raya.html
http://jalanraya0.blogspot.my/2014_06_01_archive.html
ALAM SEKITAR
ALAM
SEKITAR
DEFINISI ALAM SEKITAR
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama seperti unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku. Terdapat juga sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.
HARI
ALAM SEKITAR
Hari Alam Sekitar Sedunia
Jabatan
Alam Sekitar melaksanakan Program Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar
menerusi bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia. Sambutan Hari Alam
Sekitar Sedunia disambut pada 5 Jun setiap tahun dengan membawa tema yang tersendiri
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh United Nations Environment Programme (UNEP).
Hari
Alam Sekitar merupakan hari untuk semua orang, iaitu memberi peluang kepada semua pihak untuk
mengambil bahagian dalam tindakan sejagat bagi menggalakkan perlindungan
terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup
yang mesra alam.
Hari
alam sekitar sedunia disambut
pada 5 Jun setiap tahun dan pada setiap tahun tersebut terdapat sebuah negara
yang dilantik untuk menjadi `tuan rumah’.
Minggu Alam Sekitar Malaysia
Pengenalan
Persidangan Ketua-Ketua
Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 18 hingga 24 Oktober 1989 telah memperkukuhkan
lagi pengurusan alam sekitar dengan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai
Alam Sekitar pada 21 Oktober 1989. Sempena tarikh bersejarah ini, Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengishtiarkan 21
Oktober setiap tahun sebagai Hari Alam Sekitar Malaysia. Sambutan ini diadakan
selama seminggu iaitu dari 21 hingga 27 Oktober dan dikenali sebagai Minggu
Alam Sekitar Malaysia (MASM).
Sambutan MASM juga telah
dianjurkan di setiap negeri bagi meningkatkan komitmen Kerajaan Negeri dan
memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam
pengurusan alam sekitar negara.
Sambutan Minggu Alam Sekitar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di
kalangan orang ramai. Di samping menggalakkan kerjasama di antara pelbagai
agensi seperti pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi swasta, individu
dan sebagainya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.
Tema Sambutan Minggu Alam
Sekitar Malaysia
Setiap tahun Sambutan
Minggu Alam Sekitar Malaysia mempunyai temanya yang tersendiri. Senarai tema
bagi Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia mengikut tahun adalah seperti
berikut:-
2008: Pemuliharaan Alam Sekitar
Tanggungjawab Bersama
2009: Pemuliharaan Alam Sekitar
Tanggungjawab Bersama
2010: Pemuliharaan Alam Sekitar
Tanggungjawab Bersama
2011: Pemuliharaan Alam Sekitar
Tanggungjawab Bersama
2013: Perkongsian Pintar Ke Arah
Kelestarian Alam Sekitar
2014: Ya! Teruskan Gaya Hidup
Lestari
2015: Ya! Teruskan Gaya Hidup
Lestari
2016: Alam Sekitar Tanggungjawab
Bersama
2017:Wednesday, 30 March 2016
KATA NAMA
KATA NAMA
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa
nama. Kata nama terbahagi kepada beberapa subgolongan berdasarkan
ciri-ciri semantik
perkataannya iaitu seperti kata nama khas, kata
nama am, dan kata ganti nama.
Kata nama khas
Kata nama khas ialah
kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan,
benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya.
Biasanya, dalam tulisan, huruf pertama
kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan
nama binatang.
Benda-benda yang tidak
bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan
sebagainya.
Perkataan Nama Khas
digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)
benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)
orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)
binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)
tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama
perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Kata nama am
Kata nama am ialah
perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum seperti dalam
contoh di bawah:
benda: sekolah,
kereta, cakerawala
perkara: roh, udara,
iklim
konsep: kesejahteraan,
perpisahan, keindahan
Kata nama am boleh
dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak.
Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau
dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan
atau dikhayalkan. Kedua-dua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar
dan kata terbitan.
Dengan kata lain
perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
|
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
|
binatang
|
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
|
tumbuh- tumbuhan
|
pokok, betik, rumput, lalang dll
|
benda
|
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
|
tempat
|
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
|
Subscribe to:
Posts (Atom)