Translate

Sunday, 8 May 2016

Surat Rasmi


Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah
45000 Kuala Selangor                                                                                     
Selangor                                                                                                          Tel: 03-32893211


                                                                                                            Tarikh : 21 Julai 2017

Ibu bapa/Penjaga Murid
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Tuan/Puan,
Lawatan Sambil Belajar

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Untuk makluman tuan/puan, PPKI sekolah ini akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Baling, Kedah pada 8 hingga 10 September 2017.

3.  Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang program pembangunan ekonomi masyarakat desa di kawasan tersebut.

4.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berharap agar pihak tuan/puan memberikan kebenaran kepada anak tuan/puan untuk menyertai lawatan tersebut. Setiap murid perlu membayar RM200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja) bagi menampung kos pengangkutan, makan dan minum.

5.  Bersama-sama ini dilampirkan surat jawapan kebenaran lawatan untuk tindakan tuan/puan.  Surat jawapan yang sudah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikembalikan kepada guru kelas sebelum 28 Julai 2017.

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

………………………….
(Rohaini binti Abdul Karim)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah













SURAT AKUAN KEBENARAN WARIS MENYERTAI AKTIVITI SEKOLAH

Saya  ...................................................................No. Kad Pengenalan ..................................................
beralamat di ..............................................................................................................................................
No. Telefon/Telefon Bimbit : .......................................... mengaku adalah ibu-bapa/penjaga/waris kepada murid  bernama   :  ……………………………………………………………………………………
Tingkatan                            :  ……………………………………………………………………………………

Saya dengan ini memberi kebenaran bertulis saya kepada anak / jagaan saya untuk menyertai:

Nama Program:    Lawatan Sambil Belajar Ke Baling
            Tarikh Program :    8 hingga 10 September 2017
           
2.         Saya difahamkan bahawa keselamatan dan disiplin sentiasa diberi perhatian sewajarnya oleh Guru/Pegawai/Urusetia yang telah diamanahkan. Sekiranya kesihatan anak/jagaan saya terganggu dalam masa latihan / perkhemahan atau perjalanan / semasa program, maka saya dengan sepenuh hati membenarkan Guru/Pegawai/Urusetia menguruskan bagi pihak saya untuk mendapatkan rawatan perubatan.

3.         Saya dengan ini mengakui bahawa murid di atas ADA / TIDAK ADA menghidap penyakit kronik/berjangkit.Nyatakan (jika ada  .......................................................................................................
*potong yang tidak berkenaan.

4.         Saya dengan ini mengakui bahawa murid di atas ADA perlindungan Insuran Takaful.


Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga / Waris                              Disahkan oleh :
                                                                                                                                   
……………………………………………………                                                             ……………………………………………………..
(                                                 )                                             (                                                   )

Tarikh : …………………………….                                               Tarikh : ………………

No comments:

Post a Comment