ALAM
SEKITAR
DEFINISI ALAM SEKITAR
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama seperti unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku. Terdapat juga sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.
HARI
ALAM SEKITAR
Hari Alam Sekitar Sedunia
Jabatan
Alam Sekitar melaksanakan Program Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar
menerusi bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia. Sambutan Hari Alam
Sekitar Sedunia disambut pada 5 Jun setiap tahun dengan membawa tema yang tersendiri
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh United Nations Environment Programme (UNEP).
Hari
Alam Sekitar merupakan hari untuk semua orang, iaitu memberi peluang kepada semua pihak untuk
mengambil bahagian dalam tindakan sejagat bagi menggalakkan perlindungan
terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup
yang mesra alam.
Hari
alam sekitar sedunia disambut
pada 5 Jun setiap tahun dan pada setiap tahun tersebut terdapat sebuah negara
yang dilantik untuk menjadi `tuan rumah’.
Minggu Alam Sekitar Malaysia
Pengenalan
Persidangan Ketua-Ketua
Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 18 hingga 24 Oktober 1989 telah memperkukuhkan
lagi pengurusan alam sekitar dengan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai
Alam Sekitar pada 21 Oktober 1989. Sempena tarikh bersejarah ini, Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengishtiarkan 21
Oktober setiap tahun sebagai Hari Alam Sekitar Malaysia. Sambutan ini diadakan
selama seminggu iaitu dari 21 hingga 27 Oktober dan dikenali sebagai Minggu
Alam Sekitar Malaysia (MASM).
Sambutan MASM juga telah
dianjurkan di setiap negeri bagi meningkatkan komitmen Kerajaan Negeri dan
memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam
pengurusan alam sekitar negara.
Sambutan Minggu Alam Sekitar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di
kalangan orang ramai. Di samping menggalakkan kerjasama di antara pelbagai
agensi seperti pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi swasta, individu
dan sebagainya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.
Tema Sambutan Minggu Alam
Sekitar Malaysia
Setiap tahun Sambutan
Minggu Alam Sekitar Malaysia mempunyai temanya yang tersendiri. Senarai tema
bagi Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia mengikut tahun adalah seperti
berikut:-
2008: Pemuliharaan Alam Sekitar
Tanggungjawab Bersama
2009: Pemuliharaan Alam Sekitar
Tanggungjawab Bersama
2010: Pemuliharaan Alam Sekitar
Tanggungjawab Bersama
2011: Pemuliharaan Alam Sekitar
Tanggungjawab Bersama
2013: Perkongsian Pintar Ke Arah
Kelestarian Alam Sekitar
2014: Ya! Teruskan Gaya Hidup
Lestari
2015: Ya! Teruskan Gaya Hidup
Lestari
2016: Alam Sekitar Tanggungjawab
Bersama
2017:
No comments:
Post a Comment