Translate

Wednesday, 24 February 2016

SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG



SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG

Sejak dahulu lagi, sarang burung layang-layang yang juga dikenali sebagai walit amat terkenal dengan nilai khasiatnya yang baik untuk tubuh badan manusia. Sarang burung layang-layang didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Faktor-faktor ini membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi ppunca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.  

Selain membekalkan kecantikan kepada kulit, sarang burung ini juga terbukti sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang memberikan tenaga dan pemulihan dalaman.
Sarang burung itu dihasilkan menerusi rembesan cecair daripada kelenjar tepi kelenjar air liurnya. Cecair yang dihasilkan bukan daripada air liur mungkin dianggap kotor. Menurut penyelidikan saintifik, sarang burung layang-layang ini mengandungi mineral kepekatan yang tinggi, protein aktif serta protein gelatin sekali gus menjadikan produk ini sebagai produk kesihatan semulajadi yang tulen serta sesuai untuk semua peringkat umur. 

Pengambilan sarang burung dalam jangka masa panjang adalah ketahanan yang baik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang sel dalam imunisasi lalu menguatkan sistem imuniti badan dalam melawan penyakit. Sarang burung layang-layang juga mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman khusus membantu dalam melancarkan system aliran darah agar bergerak dengan lebih lancar. 

Di samping itu, sarang burang ini juga dikatakan sesuai bagi wanita hamil kerana sarang ini memberi faedah kepada ibu dan bayi. Hal ini jelas kerana bayi yang dilahirkan akan memilik kulit yang sangat cerah lagi halus serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain. Malah, ibu juga akan pulih lebih cepat selepas melahirkan. 

Secara lazimnya, manfaat sarang burung boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan bergantung kepada citarasa sendiri. Bagaimanapun, sarang burung layang-layang ini memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.


         
                              

Berminat untuk mendapatkan maklumat tentang lebah kelulut?? Anda boleh melayari 

Tuesday, 23 February 2016

KUCING MUNCHKIN


ASAL-USUL KUCING MUNCHKIN 

     Kucing munckin ialah kucing yang berasal dari Amerika Syarikat, iaitu kucing dari genetik dan ras yang berkaki pendek. Maka tidak hairanlah sekiranya kucing merupakan salah satu kucing yang paling terkenal dan merupakan kucing terkecil di dunia. Menurut sejarah kucing munchkin, kucing seperti ini telah wujud sejak tahun 1944. Namun pada zaman Perang Dunia ke-2, kucing jenis ini hilang. Kemudian pada tahun 1983, seorang guru muzik dari Amerika Syarikat telah menemui dua ekor kucing berkaki pendek yang sedang bunting. Kedua-dua kucing tersebut dipelihara dan telah melahirkan beberapa ekor anak. Nama munchkin diambil sempena tokoh kerdil dalam filem The Wizard of Oz yang ketika itu sangat popular.  Di Rusia kucing ini dikenali sebagai Stalingard Kangaroo.
 

KEISTIMEWAAN KUCING MUNCHKIN

Munchkin ialah kucing yang berlaku secara semulajadi, dengan kaki pendek yang luar biasa disebabkan oleh gen dominan autosom. Secara saintifiknya kucing seperti ini mengalami keadaan tulang belakang yang melengkung berlebihan tetapi mereka tidak memiliki kecacatan apapun.
Selain fizikalnya yang berkaki pendek  dan berbadan bulat. Kucing munchkin digambarkan sebagai kucing yang comel, suka bermain dan juga pintar. Kaki mereka yang pendek tidak menjejaskan kebolehan mereka untuk berlari mahupun melompat.
Kucing munchkin jantan lebih besar daripada kucing munchkin betina dan mampu mencecah berat sebanyak 3 hingga 4 kg. Kaki belakang kucing munchkin lebih panjang daripada kaki hadapan. Kucing munchkin terdiri daripada tiga jenis iaitu standard, super-short dan juga rug hugger. Kucing ini juga memilik pelbagai jenis bulu seperti long hair, semi-long hair dan short hair. 
  
      





Sempena Minggu Alam Sekitar Sedunia, ayuh! Layari laman web https://ras.doe.gov.my untuk mengetahui Tema Minggu Alam Sekitar mengikut tahun.



Layari laman web berikut untuk mendapatkan lebih maklumat tentang;



Frasa Nama:

Pulau Tioman: