Translate

Sunday, 8 May 2016

Surat Rasmi


Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah
45000 Kuala Selangor                                                                                     
Selangor                                                                                                          Tel: 03-32893211


                                                                                                            Tarikh : 21 Julai 2017

Ibu bapa/Penjaga Murid
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Tuan/Puan,
Lawatan Sambil Belajar

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Untuk makluman tuan/puan, PPKI sekolah ini akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Baling, Kedah pada 8 hingga 10 September 2017.

3.  Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang program pembangunan ekonomi masyarakat desa di kawasan tersebut.

4.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berharap agar pihak tuan/puan memberikan kebenaran kepada anak tuan/puan untuk menyertai lawatan tersebut. Setiap murid perlu membayar RM200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja) bagi menampung kos pengangkutan, makan dan minum.

5.  Bersama-sama ini dilampirkan surat jawapan kebenaran lawatan untuk tindakan tuan/puan.  Surat jawapan yang sudah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikembalikan kepada guru kelas sebelum 28 Julai 2017.

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

………………………….
(Rohaini binti Abdul Karim)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah













SURAT AKUAN KEBENARAN WARIS MENYERTAI AKTIVITI SEKOLAH

Saya  ...................................................................No. Kad Pengenalan ..................................................
beralamat di ..............................................................................................................................................
No. Telefon/Telefon Bimbit : .......................................... mengaku adalah ibu-bapa/penjaga/waris kepada murid  bernama   :  ……………………………………………………………………………………
Tingkatan                            :  ……………………………………………………………………………………

Saya dengan ini memberi kebenaran bertulis saya kepada anak / jagaan saya untuk menyertai:

Nama Program:    Lawatan Sambil Belajar Ke Baling
            Tarikh Program :    8 hingga 10 September 2017
           
2.         Saya difahamkan bahawa keselamatan dan disiplin sentiasa diberi perhatian sewajarnya oleh Guru/Pegawai/Urusetia yang telah diamanahkan. Sekiranya kesihatan anak/jagaan saya terganggu dalam masa latihan / perkhemahan atau perjalanan / semasa program, maka saya dengan sepenuh hati membenarkan Guru/Pegawai/Urusetia menguruskan bagi pihak saya untuk mendapatkan rawatan perubatan.

3.         Saya dengan ini mengakui bahawa murid di atas ADA / TIDAK ADA menghidap penyakit kronik/berjangkit.Nyatakan (jika ada  .......................................................................................................
*potong yang tidak berkenaan.

4.         Saya dengan ini mengakui bahawa murid di atas ADA perlindungan Insuran Takaful.


Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga / Waris                              Disahkan oleh :
                                                                                                                                   
……………………………………………………                                                             ……………………………………………………..
(                                                 )                                             (                                                   )

Tarikh : …………………………….                                               Tarikh : ………………

Thursday, 5 May 2016

Borang SMM

                                   Contoh Borang Sistem Maklumat Murid




Borang sistem maklumat murid boleh diperoleh secara lebih lanjut dalam laman sesawang berikut:

http://www.slideshare.net/rofeah/borang-smm-v4-kosong

TANDA ISYARAT LALU LINTAS

TANDA ISYARAT LALU LINTAS LARANGAN DI MALAYSIA

Semua pengguna jalan raya hendaklah sentiasa mematuhi tanda - tanda isyarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan terjamin. Oleh itu amat penting untuk kita mempelajari, mengetahui dan memahami makna serta kepentingan mematuhi setiap tanda isyarat lalu lintas yang digunakan di jalan raya.                                                                                                                                                                                                 

                                

                                                                                                                                                                                      


                                                                                                       
   
                                                                 

                                                                                                                                       
                                                                                                                                                    



   


         










                                                                                       







  
Untuk maklumat lanjut boleh layari web berikut


ALAM SEKITAR

ALAM SEKITAR
DEFINISI ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama seperti unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku. Terdapat juga sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

 

 HARI ALAM SEKITAR
Hari Alam Sekitar Sedunia
Jabatan Alam Sekitar melaksanakan Program Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar menerusi bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia. Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia disambut pada 5 Jun setiap tahun dengan membawa tema yang tersendiri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh United Nations Environment Programme (UNEP). 
Hari Alam Sekitar merupakan hari untuk semua orang, iaitu  memberi peluang kepada semua pihak untuk mengambil bahagian dalam tindakan sejagat bagi menggalakkan perlindungan terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup yang mesra alam.
Hari alam sekitar sedunia  disambut pada 5 Jun setiap tahun dan pada setiap tahun tersebut terdapat sebuah negara yang dilantik untuk menjadi `tuan rumah’.
Maklumat lanjut mengenai Hari Alam Sekitar Sedunia boleh dirujuk menerusi pautan www.unep.org/wed
Minggu Alam Sekitar Malaysia



Pengenalan

Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 18 hingga 24 Oktober 1989 telah memperkukuhkan lagi pengurusan alam sekitar dengan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada 21 Oktober 1989. Sempena tarikh bersejarah ini, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengishtiarkan 21 Oktober setiap tahun sebagai Hari Alam Sekitar Malaysia. Sambutan ini diadakan selama seminggu iaitu dari 21 hingga 27 Oktober dan dikenali sebagai Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM).
Sambutan MASM juga telah dianjurkan di setiap negeri bagi meningkatkan komitmen Kerajaan Negeri dan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam pengurusan alam sekitar negara. 
Sambutan Minggu Alam Sekitar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai. Di samping menggalakkan kerjasama di antara pelbagai agensi seperti pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi swasta, individu dan sebagainya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

Tema Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia
Setiap tahun Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia mempunyai temanya yang tersendiri. Senarai tema bagi Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia mengikut tahun adalah seperti berikut:-

2008: Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
2009: Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
2010: Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
2011: Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
2012: Terima Kasih di Atas Sumbangan Anda
2013: Perkongsian Pintar Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar
2014: Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari
2015: Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari
2016: Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
2017:



Untuk maklumat tambahan tentang IKS sila layari:
http://zulldesign.com.my/